Monday, November 4, 2019

Perbincangan Kajian



ANALISIS KAJIAN 


Berdasarkan ananalisis yang telah kami lakukan tentang kepimpinan dan organisasi sekolah, kedua-kedua sekolah mengamalkan gaya kepimpinan demokratik



Secara keseluruhannya berdasarkan analisis serta  maklumat yang telah kami peroleh daripada kaedah kajian terdapat kelebihan , kelemahan serta penambahbaikan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah tersebut.


Dapatan Kajian


Dapatan kajian akan membincangkan tentang sejauh mana pencapaian objektif-objektif kajian seperti yang tertera di bawah :

OBJEKTIF 1
UNTUK MENGENAL PASTI PERBEZAAN KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

- Kami telah mendapati bahawa perbezaan antara Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Kebangsaan adalah dari segi pengorganisasian pentadbiran dan perwakilan pelajar.
-  Selain itu, berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, perwakilan pelajar di kedua-dua sekolah mempunyai fungsi dan cara pemilihan perwakilan pelajar. 


oBJEKTIF 2 
UNTUK MENGENAL PASTI TEORI GAYA KEPIMPINAN YANG DIGUNAKAN DI SEKOLAH 
TERSEBUT.

-  Kami telah mengkategorikan gaya kepimpinan pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan, dan di Kolej Vokasional iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pengarah sekolah.



OBJEKTIF 3 


UNTUK MENGENAL PASTI FUNGSI UTAMA KEPIMPINAN DI SEKOLAH


-  Kami telah berjaya dalam mengenal pasti fungsi utama kepimpinan di sekolah berdasarkan kedua-dua sekolah yang telah kami kaji.



OBJEKTIF 4 

UNTUK MENGENALPASTI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
SEKOLAH

-  Kami telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pemimpin dan organisasi sekolah secara
 umum sama ada di sekolah mahupun di kolej vokasional.










Metodologi




  • TEMUBUAL - Kaedah temubual semi-berstruktur iaitu dengan mengajukan soalan yang disediakan terlebih dahulu dan soalan secara langsung kepada responden.

  • PEMERHATIAN - Membuat pemerhatian dan tinjauan sekitar kawasan sekolah bagi melihat keberkesanan  gaya kepimpinan yang diamalkan oleh kepimpimnan dan organisasi sekolah tersebut.

  • BORANG SOAL SELIDIK - Mendapatkan data dan pandangan guru berkaitan organisasi dan gaya kepimpinan di sekolah. Sebanyak borang soal selidik telah diberikan kepada respoden untuk menilai gaya kepimpinan yang diamalkan oleh sekolah tersebut


Objektif




1. Mengenalpasti perbezaan dan jenis kepimpinan dan organisasi di Kolej Vokasional dan Sekolah
    Menengah Kebangsaan.

2. Mengenalpasti teori gaya kepimpinan yang digunakan di sekolah tersebut.


3. Mengenalpasti fungsi utama kepimpinan dan organisasi di sekolah tersebut.

4. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh organisasi dan kepimpinan sekolah tersebut.

Teori


Gaya Kepimpinan

1. Autokratik
  • Berbentuk hubungan sehala antara pemimpin dan yang dipimpin. 
  • Tidak menerima cadangan luar dan kawalannya juga sangat ketat.
  • Kurang percaya pada orang lain.
  • Arahan yang dikeluarkan oleh ketua selalunya adalah menggunakan sumber kuasa formal, sebagai contohnya menurunkan arahan dari atasan menetapkan keputusan dan cara kerja yang perlu dilaksanakan mengikut kehendak ketua sahaja. 

2. Demokratik
  • Menggalakkan orang bawahan memberi pendapat dan idea tersendiri. 
  • Dapat membuat keputusan yang dicapai bersama. 
  • Gaya kepimpinan ini sangat harmoni dan objektif mudah dicapai.
  • Sebagai contoh, cadangan dan idea dari ahli lain akan ditapis dan membuat mengikut kehendak dan tujuan sesebuah organisasi, cadangan yang terbaik atau gabungan idea digunakan bagi mendapat keputusan yang sepakat. 
  • Kelemahan gaya kepimpinan demokratik ini, antaranya percambahan idea semasa dalam sesi perbicangan.


3. Laissez-faire
  • Cara kepimpinan yang sangat bebas. 
  • Pemimpin adalah sebagai pemerhati setelah menurun kuasa kepada orang bawahan. 
  • Pemimpin telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pengikutnya.
  • Kelemahannya adalah pengikut yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan. 

4. Kontigensi
  • Pemimpin akan bertindak mengikut keadaan semasa. 
  • Sangat mengutamakan penganalisisan terhadap kepentingan dan keperluan mengikut keadaan. 

5. Agresif
  1. Bersifat self-centred iaitu hanya mengutamakan hak, kepentingan , pendapat, kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak orang lain.
  2. Selalu berasa bahawa hanya dirinya yang paling benar sehingga membawa kepada kesombongan dan memandang rendah terhadap orang lain.
  3. Selalu menggunakan nada yang tinggi, marah, mempunyai gerak badan yang agresif serta sering menggertak dan mendominasi orang lain.
  4. Menggunakan bahasa yang menyakitkan hati orang lain untuk tujuan memalukannya dan untuk membuktikan dia berdasalah.


6. Responsif

  • Pemimpn yang mendengar ddan melihat dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan.
  • Mendengar dan melihat setiap persoalan, kehendak dan harapan dari orang di bawah pimpinannya.
  •  Pemimpin aktif dan proaktif dalam mencari jalan penyelesaian bagi setiap pemasalahannya yang dihadapi oleh organisasinya.

Pengenalan : Organisasi dan Kepimpinan


PENGENALAN


Pengurusan pembelajaran amat penting bagi kita sebagai pendidik ataupun kita sebagai pelajar. Pada tahap persekolahan, guru mestilah memain peranan yang penting untuk mendidik anak-anak murid bagaimana pembelajaran dalam kelas dan mengajar anak murid untuk lebih faham dengan pembelajaran yang diajar.


Di sekolah, pelajar diberi pendekatan tentang cara bersosialisasi dengan pembelajaran dan guru akan menjadi panduan kepada pelajar untuk lebih memantapkan akhlak diri mereka. Bagaimana sekolah membantu prestasi pembelajaran pelajar? Apakah gaya-gaya yang diterapkan untuk membantu meningkatkan akhlak pelajar dari segi organisasi dan kepimpinan seorang pemimpin sekolah dan pelajar di sesebuah sekolah?



Apakah itu Organisasi dan Kepimpinan?

Kepimpinan dan organisasi di sekolah memainkan peranan yang penting untuk pembentukan disiplin guru dan pelajar. Tanpa kedua-dua komponen penting ini, sekolah akan kucar-kacir dan tiada misi dan visi untuk mengubah sekolah itu menjadi sekolah yang lebih berprestasi. 

Organisasi didefinisikan sebagai sekumpulan manusia yang bekerja secara bersama bagi mencapai matlamat-matlamat yang tertentu.Setiap bentuk kerjasama untuk mencapai tujuan bersama.” (James D Mooney) Organisasi pendidikan pula terdiri daripada pelajar, guru-guru, para pentadbir dan pelbagai jenis kakitangan yang memberi perkhidmatan termasuk kerani dan pekerja am.

Pemimpin penentu matlamat dan hala tuju sekolah. Peranan pemimpin untuk membentuk budaya kerja yang cekap dan seterusnya budaya sekolah yang cemerlang. Pemimpin mempunyai semangat yang tinggi, sedar tanggungjawab pemimpin kepada staf, murid, ibubapa dan masyarakat. Menurut pendapat Koontz dan O’Donnel (1976), kepimpinan secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama.


RUMUSAN

Organisasi dan kepimpinan sangat memainkan peranan penting dalam pentadbiran sekolah sama ada dari segi kurikulum ataupun ko-kurikulum.
Hal ini kerana, organisasi dan kepimpinan menjadi asas kepada sesebuah sekolah dalam menentukan corak pengurusan sekolah berdasarkan gaya kepimpinan yang digunakan oleh pengetua, guru, kakitangan sekolah dan individu-individu lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Kejayaan sesuatu organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang cemerlang dan berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang.

Perbincangan Kajian

ANALISIS KAJIAN  Berdasarkan ananalisis yang telah kami lakukan tentang kepimpinan dan organisasi sekolah, kedua-kedua sekolah mengam...