PENGENALAN
Pengurusan pembelajaran amat penting bagi kita sebagai pendidik ataupun kita sebagai pelajar. Pada tahap persekolahan, guru mestilah memain peranan yang penting untuk mendidik anak-anak murid bagaimana pembelajaran dalam kelas dan mengajar anak murid untuk lebih faham dengan pembelajaran yang diajar.
Di sekolah, pelajar diberi pendekatan tentang cara bersosialisasi dengan pembelajaran dan guru akan menjadi panduan kepada pelajar untuk lebih memantapkan akhlak diri mereka. Bagaimana sekolah membantu prestasi pembelajaran pelajar? Apakah gaya-gaya yang diterapkan untuk membantu meningkatkan akhlak pelajar dari segi organisasi dan kepimpinan seorang pemimpin sekolah dan pelajar di sesebuah sekolah?
Apakah itu Organisasi dan Kepimpinan?
Kepimpinan dan organisasi di sekolah memainkan peranan yang penting untuk pembentukan disiplin guru dan pelajar. Tanpa kedua-dua komponen penting ini, sekolah akan kucar-kacir dan tiada misi dan visi untuk mengubah sekolah itu menjadi sekolah yang lebih berprestasi.
Organisasi didefinisikan sebagai sekumpulan manusia yang bekerja secara bersama bagi mencapai matlamat-matlamat yang tertentu.“Setiap bentuk kerjasama untuk mencapai tujuan bersama.” (James D Mooney) Organisasi pendidikan pula terdiri daripada pelajar, guru-guru, para pentadbir dan pelbagai jenis kakitangan yang memberi perkhidmatan termasuk kerani dan pekerja am.
Pemimpin penentu matlamat dan hala tuju sekolah. Peranan pemimpin untuk membentuk budaya kerja yang cekap dan seterusnya budaya sekolah yang cemerlang. Pemimpin mempunyai semangat yang tinggi, sedar tanggungjawab pemimpin kepada staf, murid, ibubapa dan masyarakat. Menurut pendapat Koontz dan O’Donnel (1976), kepimpinan secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama.
RUMUSAN
Organisasi dan kepimpinan sangat memainkan peranan penting dalam pentadbiran sekolah sama ada dari segi kurikulum ataupun ko-kurikulum.
Hal ini kerana, organisasi dan kepimpinan menjadi asas kepada sesebuah sekolah dalam menentukan corak pengurusan sekolah berdasarkan gaya kepimpinan yang digunakan oleh pengetua, guru, kakitangan sekolah dan individu-individu lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Kejayaan sesuatu organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang cemerlang dan berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang.




No comments:
Post a Comment