Monday, November 4, 2019

Teori


Gaya Kepimpinan

1. Autokratik
  • Berbentuk hubungan sehala antara pemimpin dan yang dipimpin. 
  • Tidak menerima cadangan luar dan kawalannya juga sangat ketat.
  • Kurang percaya pada orang lain.
  • Arahan yang dikeluarkan oleh ketua selalunya adalah menggunakan sumber kuasa formal, sebagai contohnya menurunkan arahan dari atasan menetapkan keputusan dan cara kerja yang perlu dilaksanakan mengikut kehendak ketua sahaja. 

2. Demokratik
  • Menggalakkan orang bawahan memberi pendapat dan idea tersendiri. 
  • Dapat membuat keputusan yang dicapai bersama. 
  • Gaya kepimpinan ini sangat harmoni dan objektif mudah dicapai.
  • Sebagai contoh, cadangan dan idea dari ahli lain akan ditapis dan membuat mengikut kehendak dan tujuan sesebuah organisasi, cadangan yang terbaik atau gabungan idea digunakan bagi mendapat keputusan yang sepakat. 
  • Kelemahan gaya kepimpinan demokratik ini, antaranya percambahan idea semasa dalam sesi perbicangan.


3. Laissez-faire
  • Cara kepimpinan yang sangat bebas. 
  • Pemimpin adalah sebagai pemerhati setelah menurun kuasa kepada orang bawahan. 
  • Pemimpin telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pengikutnya.
  • Kelemahannya adalah pengikut yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan. 

4. Kontigensi
  • Pemimpin akan bertindak mengikut keadaan semasa. 
  • Sangat mengutamakan penganalisisan terhadap kepentingan dan keperluan mengikut keadaan. 

5. Agresif
  1. Bersifat self-centred iaitu hanya mengutamakan hak, kepentingan , pendapat, kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak orang lain.
  2. Selalu berasa bahawa hanya dirinya yang paling benar sehingga membawa kepada kesombongan dan memandang rendah terhadap orang lain.
  3. Selalu menggunakan nada yang tinggi, marah, mempunyai gerak badan yang agresif serta sering menggertak dan mendominasi orang lain.
  4. Menggunakan bahasa yang menyakitkan hati orang lain untuk tujuan memalukannya dan untuk membuktikan dia berdasalah.


6. Responsif

  • Pemimpn yang mendengar ddan melihat dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan.
  • Mendengar dan melihat setiap persoalan, kehendak dan harapan dari orang di bawah pimpinannya.
  •  Pemimpin aktif dan proaktif dalam mencari jalan penyelesaian bagi setiap pemasalahannya yang dihadapi oleh organisasinya.

No comments:

Post a Comment

Perbincangan Kajian

ANALISIS KAJIAN  Berdasarkan ananalisis yang telah kami lakukan tentang kepimpinan dan organisasi sekolah, kedua-kedua sekolah mengam...